Presiden Halimah Yacob ucapkan Selamat Tahun Baru Cina
Presiden Halimah Yacob menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada anggota masyarakat Cina, menerusi laman Facebooknya hari ini (4 Feb).
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada anggota masyarakat Cina, menerusi laman Facebooknya hari ini (4 Feb).
Dalam satu catatan video, Cik Halimah menyentuh tentang pentingnya keluarga dan juga melibatkan kaum-kaum lain sebagai sebahagian daripada sambutan.
"Inilah masanya keluarga bersatu padu dan mengukuhkan hubungan mereka. Sebuah tradisi yang indah, dari generasi ke generasi, membantu mengingatkan anak muda tentang pentingnya keluarga.
"Sesuai dengan semangat Singapura, menjadi satu kebiasaan untuk sambutan Tahun Baru Cina juga menyambutnya bersama kaum-kaum lain untuk menikmati bersama dan menyebarkan keramahan antara jiran tetangga dan rakan-rakan Cina," kata Presiden Halimah Yacob.
Tahun Baru Cina, akan disambut esok dan lusa (5 dan 6 Feb).
Istana juga akan mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina pada 6 Februari ini di mana pelbagai persembahan budaya dan kegiatan seisi keluarga akan diadakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.