Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob tiba di M'sia sempena lawatan negara

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah Yacob tiba di M'sia sempena lawatan negara

Presiden Halimah Yacob (kiri) bersama suami Mohamed Abdullah Alhabsee melintasi kawalan kehormat setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) di KLIA. (Gambar: BERNAMA)

SEPANG: Presiden Halimah Yacob tiba di Malaysia hari ini (20 Mac) sempena lawatan negara sulungnya ke negara jiran selama tiga hari sehingga 22 Mac.

Kunjungan beliau itu sebagai lawatan balas selepas menerima undangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengunjungi Singapura pada Oktober 2022.

Puan Halimah dan rombongan Singapura termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan dan Luar Negeri Dr Mohamad Maliki Osman serta Menteri Perdagangan dan Perindustrian Low Yen Ling tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.20 pagi melalui pesawat komersil.

Ketibaan Puan Halimah dan delegasi disambut menteri pengiring Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri dan diberi sambutan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Akmal Hakim Sabarudin.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan itu akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2022 dengan jumlah perdagangan berjumlah RM367.53 bilion (S$110.6 bilion) dengan peningkatan sebanyak 29.4 peratus berbanding jumlah dagangan pada 2021.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan