Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob, PM Lee ucap tahniah kepad Raja Charles III atas kemahkotaan

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah Yacob, PM Lee ucap tahniah kepad Raja Charles III atas kemahkotaan

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Putera Charles, pada ketika itu, di Istana pada 2017. (Gambar: Howard Law)

SINGAPURA: Presiden Singapura Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Sabtu (6 Mei) mengucapkan tahniah kepada Raja Britain Charles atas kemahkotaannya.

Mereka juga menarik perhatian kepada jalinan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Charles III dimahkotakan sebagai Raja pada Sabtu, dalam istiadat keagamaan yang mengesahkan kemahkotaan beliau selepas pemergian ibunya Queen Elizabeth II pada September tahun lalu.

Dalam utusan tahniah yang dikirimkan, PM Lee menyifatkan Charles sebagai seseorang yang sudah mengabdikan diri kepada United Kingdom dan Komanwel dengan begitu cemerlang sepanjang bergelar Putera Wales dan sejak naik takhta.

"Dalam keadaan tidak menentu sekarang, institusi monarki kekal sebagai lambang kestabilan dan keselamatan," kata PM Lee.

Beliau juga menyifatkan UK sebagai rakan penting bagi Singapura, sambil menekankan kerjasama dua hala dan dalam pertahanan, kajian, pendidikan serta perubahan iklim.
Presiden Halimah Yacob, yang ditemani suami beliau Mohammed Abdullah Alhabshee, menyambut ketibaan Putera Charles dan isteri di Istana pada 2017. (Gambar fail: Howard Law)
PM Lee berkata beliau yakin bahawa hubungan antara Singapura dengan UK akan mencapai "tahap lebih tinggi lagi" di bawah pemerintahan Charles.

Puan Halimah juga berkata beliau pasti di bawah kepimpinan Charles, UK akan terus memperdalam kerjasama yang sudah lama terjalin dengan Singapura.

"Kedua-dua negara berkongsi "jalinan hubungan yang mendalam" sepanjang dua abad dan diperkuatkan lagi oleh pertukaran kerap peringkat tinggi, hubungan ekonomi yang bertenaga dan hubungan antara rakyat, tulis beliau dalam satu surat berasingan.

Charles sendiri mengadakan lawatan rasmi ke Singapura pada 1979 dan 2017, tambah Puan Halimah.

"Negara kita juga berkongsi kepentingan yang sama dalam menjulang aturan antarabangsa berasaskan peraturan dan menghormati institusi antarabangsa," kata beliau, sambil menambah beliau berharap untuk mengundang Charles ke Singapura tidak lama lagi.

Puan Halimah juga menghadiri acara jamuan yang diadakan untuk para tetamu dari luar negara yang dihoskan oleh Charles, iaitu satu acara untuk para pemimpin Komanwel oleh Setiausaha Agung Komanwel Patricia Scotland dan satu lagi Acara Kemahkotaan Pulau Kecil dan Negara-Negara Membangun yang dihoskan oleh kerajaan UK, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) dalam satu kenyataan hari ini.

"Semasa Presiden Halimah berinteraksi dengan para personaliti UK di acara-acara tersebut, mereka berbincang tentang jalinan hubungan dan kerjasama yang mendalam berkait pelbagai sektor meluas yang dikongsi oleh kedua-dua negara," menurut MFA.

Di London, Presiden Halimah juga bertemu dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong dan Presiden Fiji Ratu Wiliame Katonivere; di mana mereka mengesahkan hubungan dua hala dan berbincang mengenai perkembangan sejagat serta serantau, tambah MFA.

Puan Halimah akan menghadiri satu acara jamuan yang dihoskan untuk rakyat Singapura di UK sebelum kembali ke Singapura pada Ahad (7 Mei).
Sumber : CNA/NK/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan