Skip to main content

Singapura

Presiden Halimah Yacob lancarkan SPF200 demi raikan 200 tahun Polis S'pura

Pasukan Polis Singapura (SPF) mengakhiri acara lari berganti-ganti selama 24 jam dengan satu karnival sebagai menandakan bermulanya acara sepanjang tahun bagi memperingati Dwiabad Polis tahun ini. Dwiabad Polis yang diwartakan sebagai SPF200 dilancarkan Presiden Halimah Yacob pagi ini (11 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Jan 2020 08:05PM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 12:10AM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) mengakhiri acara lari berganti-ganti selama 24 jam dengan satu karnival sebagai menandakan bermulanya acara sepanjang tahun bagi memperingati Dwiabad Polis tahun ini.

Dwiabad Polis yang diwartakan sebagai SPF200 dilancarkan Presiden Halimah Yacob pagi ini (11 Jan).

Timbalan Pesuruhjaya Polis bahagian Operasi, Tan Hung Hooi berlari pada bahagian terakhir acara lari berganti-ganti sejauh 200 kilometer yang berlangsung selama 24 jam.

Beliau adalah dalam kalangan lebih 300 pegawai yang menyertai acara tersebut. Mereka berlari di laluan yang melewati 30 tempat penting SPF.

Berucap di acara itu, Presiden Halimah menarik perhatian tentang peranan SPF dalam menjadikan Singapura sebagai sebuah bandar yang selamat.

Beliau menambah bahawa meskipun SPF membina keupayaan untuk menangani cabaran-cabaran yang baru dan rumit, para kakitangan SPF adalah tunjang sebenar pasukan polis.

"Ciri-ciri positif pegawai SPF kita seperti komitmen teguh untuk memastikan keselamatan Singapura dan rakyatnya serta keberanian anda. Anda telah memberikan segalanya untuk apa yang kami nikmati sekarang," kata Presiden Halimah.

6 SETEM DILANCARKAN SEMPENA SPF200

Di acara tersebut juga, Presiden Halimah mendedahkan enam setem baru bagi memperingati SPF200.

Direka khas, setem-setem itu menampilkan pelbagai jawatan polis serta menunjukkan hubungan erat polis dengan masyarakat.

Setem-setem tersebut juga sebagai satu bentuk penghargaan kepada para anggota perintis SPF yang membantu membentuk pasukan polis hingga ke hari ini. 

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita