Presiden Halimah Yacob lancar logo, cogan kata Cabaran Presiden 2020
Presiden Halimah Yacob melancarkan logo dan cogan kata Cabaran Presiden 2020 sempena ulang tahun ke-20 inisiatif itu.
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melancarkan logo dan cogan kata Cabaran Presiden 2020 sempena ulang tahun ke-20 inisiatif itu.
Pelancaran itu diadakan di Istana sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.
Antara acara kemuncak adalah pasar habuan yang diberi nama i'mable Gift Market.
Pasar itu adalah inisiatif SG Enable iaitu sebuah agensi ditubuhkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).
SG Enable akan mempromosikan serta menjual karya seni dan produk artistik golongan kurang upaya.
"Tujuan Cabaran Presiden bukan saja untuk memberi sokongan kewangan namun lebih penting bagaimana kita dapat membantu mereka yang menerima bantuan supaya mereka dapat berdiri sendiri dan berusaha untuk jangka masa yang lebih panjang," ujar Presiden Halimah Yacob.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.