Skip to main content

Singapura

Presiden Halimah Yacob gesa syarikat-syarikat laksana kod amalan bagi pengambilan pekerja kurang upaya

Presiden Halimah Yacob menggesa syarikat-syarikat di sini supaya melaksanakan kod amalan bagi pengambilan pekerja golongan kurang upaya. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 May 2019 08:11PM Dikemas Kini : 28 May 2019 09:32PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menggesa syarikat-syarikat di sini supaya melaksanakan kod amalan bagi pengambilan pekerja golongan kurang upaya.

Menurut beliau, langkah tersebut akan membantu para pekerja berkenaan mengatasi cabaran di tempat kerja.

Beliau memberikan saranannya itu semasa berkunjung ke pusat pemulihan Keupayaan Menjangkau Batasan dan Jangkaan atau ABLE.

Presiden Halimah menekankan bahawa Singapura memerlukan amalan-amalan pengambilan pekerja yang "sangat progresif" berhubung orang-orang kurang upaya fizikal.

Apabila kita mempunyai amalan-amalan pengambilan pekerja yang progresif, kata beliau, ini akan meliputi amalam merekrut, membuat penyesuaian, serta mendekati majikan-majikan lain agar semuanya dapat menawarkan sekitaran yang menyokong bagi mereka yang kurang daya fizikal.

"Ini adalah penting kerana memberikan mereka rasa yakin diri, berdikari dan supaya mereka juga dapat membuat sumbangan kepada masyarakat dan keluarga mereka.

"Pada masa yang sama saya ingin melihat bagaimana majikan-majikan dapat mengadakan macam semacam tata amalan atau garis pandu di mana mereka dapat sama-sama berkongsi standard usaha yang mana boleh digunakan di semua tempat kerja oleh semua majikan," kongsi Presiden Halimah lagi.

Beliau menambah bahawa syarikat-syarikat boleh berkongsi pengalaman tentang bagaimana menjadikan tempat kerja mudah diakses.

Beliau berkata pusat ABLE akan menerima dana selama dua tahun daripada Cabaran Presiden bagi program terapi pertuturan dan bahasa.

Golongan kurang upaya yang ingin pulang bekerja turut akan dibantu di pusat tersebut.  

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita