Presiden Halimah Yacob gesa kerjasama sejagat bagi jagaan kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/ Halimah Yacob
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menggesa negara-negara di dunia agar menjalin kerjasama awal lagi bagi persiapan menghadapi 'penyakit X' seterusnya.
Menurut beliau, kerjasama sedemikian dapat bantu mengesan ancaman baru, menangani penyakit yang berleluasa, serta menjadikan sistem jagaan kesihatan lebih berdaya lasak.
"Kesalinghubungan boleh beri manfaat secara positif dan kukuh kepada masyarakat global. Semasa pandemik, kita dapat lihat usaha peringkat global yang belum pernah berlaku, untuk menanganinya," kata Puan Halimah.
"Ini termasuk usaha yang diselaraskan bagi memulihkan rantaian bekalan, membawa pulang warga yang terkandas di luar negara, serta menciptakan dengan segera vaksin serta rawatan bagi COVID-19," tambah beliau.
Merasmikan Kongres Sedunia 'One Health' yang ke-7 pada Isnin (7 Nov), Puan Halimah berkata Singapura perlu menggalakkan lebih banyak kerjasama, serta terus melabur dalam bakat dan sumber bagi tujuan sedemikian.
Persidangan yang berlangsung hingga Jumaat (11 Nov) itu, bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama global dalam bidang jagaan kesihatan, terutama selepas pandemik COVID-19.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pihaknya telah menerima lebih 300 cadangan, menyusuli semakan ke atas respons dunia terhadap pandemik tersebut.
"Berdasarkan semakan tersebut, pihak WHO telah membuat pelbagai usulan bagi meningkatkan prasarana Kesihatan Sejagat, dengan pemerintah dan sistem kewangan lebih kukuh serta WHO yang lebih diperkasa serta pendanaan lebih mampan," kata Ketua Pengarah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.
"Yang penting, sistem tersebut perlu dilandaskan kepada pendekatan 'One Health', yang mengiktiraf kaitan rapat antara kesihatan manusia, haiwan dan sekitaran kita," tambah beliau.

Sumber : CNA/IQ/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.