Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah ucap terima kasih kepada Presiden Moon Jae-in

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah ucap terima kasih kepada Presiden Moon Jae-in

Gambar: Facebook/ Halimah Yacob

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengucapkan terima kasih kepada Presiden Korea Selatan Moon Jae-in di Seoul hari ini (9 Mei) atas sokongan beliau dalam mengukuhkan hubungan dua hala semasa memegang jawatan itu.

Presiden Moon bakal melepaskan jawatan itu.

Presiden Halimah Yacob kini berada di Seoul untuk menghadiri majlis pelantikan bakal presiden baru Korea Selatan Yoon Suk-Yeol.

Dalam satu catatan Facebook selepas pertemuannya dengan Encik Moon, Puan Halimah meluahkan harapan agar kedua-dua negara terus bekerjasama dalam bidang-bidang termasuk jagaan kesihatan, ekonomi digital dan teknologi mesra alam.

Kali terakhir kedua-dua pemimpin bertemu di Singapura adalah pada 2018 apabila Presiden Moon melakukan lawatan negara.

Pertemuan mereka di pejabat Presiden Korea Selatan kali ini menyaksikan pengesahan semula hubungan muhibah dua hala yang lama terjalin.

Puan Halimah mengalu-alukan usaha Korea Selatan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN serta berharap untuk Perjanjian Kerjasama Digital Korea-Singapura dirasmikan awal.

Mereka juga bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu serantau dan antarabangsa dengan Puan Halimah berkata Singapura akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea.

Beliau akan menghadiri upacara pelantikan Presiden Dipilih Yoon Suk-yeol.

Puan Halimah juga akan menghadiri mesyuarat dua hala serta jamuan malam Presiden Korea Selatan yang baru itu.

Sumber : Agensi berita/RR/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan