Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah ucap terima kasih kepada MINDEF, SAF atas sumbangan kepada pertahanan negara

Imbangi tugas NS dan komitmen peribadi kunci pertahanan negara

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jul 2018 09:00PM Dikemas Kini : 22 Jul 2018 09:06PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menjadi tuan rumah kepada sekitar 500 pegawai Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam satu majlis jamuan ringan di Istana, hari ini (22 Jul).

Majlis itu merupakan satu tradisi tahunan sejak 1992 sebagai mengiktiraf sumbangan para pegawai kepada pertahanan Singapura.

Para undangan terdiri daripada Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa, askar kerahan, askar biasa dan pegawai eksekutif pertahanan.

Mereka berkongsi perspektif tentang Perkhidmatan Negara dan perlunya pertahanan yang kukuh berdasarkan pengalaman dan peranan mereka dalam MINDEF dan SAF.

Ia merangkumi penyertaan dalam latihan dua hala dan di luar negara sehingga kepada mengimbangi tugas NS dengan komitmen peribadi.

Tetamu-tetamu lain termasuk Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen,Menteri-menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How dan Dr Mohd Maliki Osman, Ketua Angkatan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong serta para pegawai kanan MINDEF dan SAF. 

Sumber : CNA/NT/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan