Presiden Halimah ucap tahniah kepada Raja Thailand
Presiden Halimah Yacob mengutuskan ucapan tahniah kepada Raja Thailand atas kemahkotaannya sambil berkata bahawa beliau yakin Thailand akan terus menyaksikan kemajuan dan kemakmuran di bawah kerajaannya.
Gambar fail Puan Halimah Yacob (Gambar: Hanidah Amin)
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengutuskan ucapan tahniah kepada Raja Thailand atas kemahkotaannya sambil berkata bahawa beliau yakin Thailand akan terus menyaksikan kemajuan dan kemakmuran di bawah kerajaannya.
Presiden Halimah berkata Singapura dan Thailand berkongsi persahabatan yang akrab dan lama.
Sebuah arca gajah gangsa yang diberikan kepada Singapura oleh Raja Chulalongkorn pada tahun 1871 masih berdiri di hadapan bangunan Dewan Parlimen Lama Singapura.
Puan Halimah bakal menghadiahkan sebuah lukisan arca tersebut kepada Raja Thailand.
Beliau turut mengalu-alukan usaha mempererat hubungan dua hala antara kedua-dua negara serta kunjungan Raja Thailand ke Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.