Presiden Halimah tokoh yang beri inspirasi kepada semua rakyat SG: PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengakhiri penggal selama enam tahun selaku Ketua Negara.
Satu majlis perpisahan diadakan untuk beliau sebagai ungkapan terima kasih atas khidmatnya kepada negara.
Di majlis tersebut, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pemerintah mampu menstabilkan ekonomi dan melindungi pekerjaan semasa pandemik atas sokongan Puan Halimah.
Puan Halimah memberikan persetujuan untuk menggunakan rizab negara iaitu suatu yang penting bagi melindungi mata pencarian dan kehidupan penduduk Singapura.
PM Lee berkata: "Atas nasihat Majlis Penasihat Presiden, anda bekerja rapat dengan Pemerintah untuk memahami keadaan yang pesat berkembang bagi menilai tindak balas dan permintaan Pemerintah yang diusulkan serta untuk memastikan pengeluaran rizab yang diminta adalah wajar dan mempunyai alasan yang kukuh.
"Sebagaimana yang akan diperakui pegawai-pegawai lain yang terlibat, anda mengambil bahagian secara aktif dalam satu proses yang menyeluruh dan rapi. Tegas, tetapi tidak bersifat menentang. Saya gembira bahawa para pegawai dapat menangani sepenuhnya pertanyaan dan penjelasan yang anda minta serta menjelaskan keraguan dan keprihatinan yang anda dan CPA bangkitkan."
Proses teguh dalam menangani krisis itu, menurut PM Lee, akan terus berkhidmat bagi tahun-tahun mendatang.
PM Lee berkata: "Sistem 'dua kunci' inilah yang membezakan semasa krisis ini. Proses teguh yang kami laksanakan dan individu-individu yang tegar dalam mengendalikan sistem itu membolehkan kita melindungi sumber unik ini sementara mengekalkan kelonggaran bagi mengeluarkan berapa yang kami benar-benar perlukan untuk satu krisis yang luar biasa. Saya yakin sistem ini akan terus berkhidmat dengan baik dalam tahun-tahun mendatang."
PM Lee turut menarik perhatian betapa Puan Halimah adalah seorang tokoh yang memberi inspirasi kepada semua rakyat Singapura, baik tua mahupun muda.
Beliau menambah kepimpinan Puan Halimah yang bersifat empati dan keupayaan beliau untuk menjiwai rakyat daripada semua latar belakang menyatukan negara.
Ia juga mengingatkan bahawa setiap orang mempunyai peranan untuk menjadikan Singapura sebuah negara yang lebih baik untuk didiami.
"Sebagai Presiden, anda bekerja keras untuk mengukuhkan persefahaman, kepercayaan dan rasa hormat merentasi semua kumpulan masyarakat yang berbeza.
"Anda menunjukkan bahawa sistem meritokrasi kita membuahkan hasil - bahawa
setiap rakyat Singapura boleh mencapai aspirasi mereka, tanpa mengenal kaum,
bahasa atau agama, dan tanpa mengira latar belakang keluarga mahupun kedudukan dalam kehidupan. Ini hanya berlaku di beberapa negara di dunia dan ia merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat Singapura," tambah PM Lee.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.