Presiden Halimah tekankan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab oleh pelajar
Program-program sekolah yang mendidik para pelajar untuk menggunakan teknologi secara bertanggungjawab adalah penting.
SINGAPURA: Program-program sekolah yang mendidik para pelajar untuk menggunakan teknologi secara bertanggungjawab adalah penting.
Presiden Halimah Yacob menegaskan demikian semasa melawat Sekolah Rendah Yuhua pada Rabu (11 Nov).
Semasa lawatan tersebut, Presiden Halimah menyertai latihan pengekodan bersama para pelajar, yang menggabungkan kandungan kesejahteraan siber bagi para pelajar darjah dua.
Beliau turut berinteraksi dengan para pelajar di bawah program sokongan rakan sebaya.
Menurut Puan Halimah, program seumpama itu saling melengkapi latihan kesejahteraan siber kerana ia mengajar nilai-nilai seperti saling menghormati satu sama lain, serta dengan sesiapa saja mereka bergaul secara online.
"Sungguhpun mereka amat terdedah kepada penggunaan media online tetapi pada masa yang sama, mereka tidak mempunyai kemahiran atau mempunyai ilmu untuk menapis," kata Presiden Halimah.
"Jadi mengajar mereka bagaimana untuk menapis apa-apa sahaja kandungan online yang mereka terima amatlah penting kerana ini akan mengajar mereka membezakan antara yang baik dengan yang tidak baik, dan menolak yang tidak baik."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.