Skip to main content

Singapura

Presiden Halimah: Sokongan masyarakat penting bagi tangani isu kesihatan mental

Presiden Halimah Yacob menekankan pentingnya sokongan masyarakat bagi membantu pemulihan mereka yang menghadapi isu-isu kesihatan mental.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Apr 2019 04:45PM Dikemas Kini : 30 Apr 2019 10:43PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menekankan pentingnya sokongan masyarakat bagi membantu pemulihan mereka yang menghadapi isu-isu kesihatan mental.

Ini terutamanya penting sedang penduduk Singapura sedang menua dengan pesat.

Presiden Halimah berkata demikian selepas melakukan lawatan ke Pusat Pesara Fei Yue.

Menurutnya, Pusat tersebut memberi contoh positif bagaimana khidmat-khidmat penjagaan disediakan bagi memenuhi keperluan kognitif, jasmani dan sosial warga senja.

Selain aktiviti bersenam, pusat ini juga mengadakan sarapan makanan sihat dan sesi belajar kerajinan tangan.

Pusat itu juga menjalankan program-program untuk memberi panduan kepada para penjaga bagaimana menjaga pesakit demensia. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita