Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah seru teroka lebih banyak kerjasama perniagaan antara syarikat SG, M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah seru teroka lebih banyak kerjasama perniagaan antara syarikat SG, M'sia

Presiden Halimah Yacob (kiri) bersama suami Mohamed Abdullah Alhabsee melintasi kawalan kehormat setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) di KLIA. (Gambar: BERNAMA)

SINGAPURA: Perniagaan di Singapura dan Malaysia harus terus meneroka peluang untuk meluaskan kerjasama terutama dalam bidang-bidang di mana kedua-dua negara mempunyai kekuatan yang saling melengkapi.

Presiden Halimah Yacob berkata demikian kepada para pemimpin perniagaan kedua-dua negara di Kuala Lumpur pada Isnin (20 Mac).

Presiden Halimah Yacob tiba di ibu kota Kuala Lumpur bagi lawatan rasmi tiga hari atas undangan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Abdullah Ri'aytuddin.

Dalam satu acara anjuran Kelab Perniagaan Kuala Lumpur, Presiden Halimah menarik perhatian kerjasama erat antara Singapura dengan Malaysia membuahkan hasil kepada kedua-dua pihak.

Beliau menambah ekonomi kedua-dua negara juga kekal kukuh meskipun berdepan dengan cabaran-cabaran akibat pandemik.

Puan Halimah turut menekankan bagaimana Singapura dan Malaysia meningkatkan kerjasama dalam sektor-sektor baru muncul seperti keselamatan siber serta ekonomi digital dan hijau.

Beliau menambah hubungan lebih erat itu membolehkan kedua-dua negara mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

"Kita perlu memastikan rakyat kita meraih manfaat daripada hasil perdagangan bebas, pendigitalan dipertingkat serta pembangunan mampan. Kita tidak harus menyangka masyarakat imun kepada kuasa-kuasa yang mendorong pengasingan dan antiglobalisasi di negara-negara lain," kata Presiden Halimah.

Presiden Halimah juga bertemu dengan 170 rakyat Singapura yang menetap di seberang tambak dan berbesar hati melihat sifat keakraban dalam kalangan mereka.

Beliau menambah hubungan dua negara berjiran itu melampaui isu ekonomi kerana kedua-duanya juga menikmati hubunganpersaudaraan dan warisan bersama.
Sumber : CNA/RU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan