Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah seru rakyat SG kekal bersatu, tumpu perhatian kepada persamaan pada 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Dec 2022 05:37PM Dikemas Kini : 29 Dec 2022 08:46PM
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berharap warga Singapura kekal bersatu dan menumpukan perhatian kepada persamaan dalam tahun baru.

Ia merupakan pesanan yang penting kerana berlakunya perpecahan ekstrem di banyak negara merata dunia memecahbelahkan masyarakat.

Pertumbuhan ekonomi juga dijangka lebih perlahan akibat ketidaktentuan sekitaran global.

Puan Halimah menggalakkan para majikan agar melihat melampaui kelayakan kertas bagi mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada kecemerlangan.

Beliau turut menyeru para majikan agar menyediakan latihan dan kemajuan kerja lebih baik bagi tugasan berkemahiran tinggi.

Puan Halimah menambah sokongan juga harus diteruskan kepada golongan kurang upaya dan isu-isu kesihatan mental.

Ia termasuk juga sokongan kepada para penjaga mereka.

"Ramai juga bimbang tentang sara hidup mereka sedang mereka semakin tua dan tiada simpanan atau anggota keluarga untuk memberikan sokongan. Mereka tidak seharusnya memikul beban sendirian," kata Puan Halimah.

"Akhir sekali, terus kekal selamat dan berwaspada sedang virus COVID-19 kekal menular. Saya harapkan semua sihat dan Selamat Tahun Baru yang aman," tambahnya.
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan