Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah seru majikan lakukan lebih banyak lagi pelihara kebajikan pekerja

Presiden Halimah Yacob berkata pandemik COVID-19 sudah mendorong ramai pekerja di merata dunia untuk mementingkan isu kesihatan dan keluarga.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2021 09:46PM Dikemas Kini : 13 Aug 2021 10:22AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata pandemik COVID-19 sudah mendorong ramai pekerja di merata dunia untuk mementingkan isu kesihatan dan keluarga.

Maka itu, beliau menyeru para majikan agar melakukan lebih banyak lagi demi memelihara kebajikan pekerja.

Dalam hal ini Puan Halimah berharap para majikan dapat memperkenalkan program fleksibel untuk membolehkan keseimbangan antara masa bersama keluarga dengan pekerjaan.

Beliau berkata demikian dalam satu siri sembang "In Conversation with Girlfriends", anjuran Wisma Geylang Serai (WGS), yang dianjurkan selaras dengan gerakan meraikan wanita, oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Presiden Halimah menekankan isu kesihatan mental pekerja wanita juga wajar diberikan perhatian.

"Saya rasa ini satu isu yang amat penting. Kesihatan mental itu amatlah penting dan saya berharap bahawa wanita terutama sekali kerana mereka menanggung banyak tanggungjawab di rumah, menjaga anak-anak, di tempat kerja mereka bekerja sebagainya tidak akan mengabaikan kesihatan mental mereka. Mereka perlu menjaga kesihatan mental mereka," kata Puan Halimah. 

Sumber : BERITA Mediacorp/EM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan