Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah sertai 4,000 penduduk di majlis berbuka puasa Marine Parade

Seramai 4,000 penduduk yang datang daripada agama dan bangsa berbeza menyertai majlis buka puasa anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) daripada kawasan Marine Parade, dengan kerjasama Persatuan Khidmat Sosial India Muslim (IMSSA).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 4,000 penduduk yang datang daripada agama dan bangsa berbeza menyertai majlis buka puasa anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) daripada kawasan Marine Parade, dengan kerjasama Persatuan Khidmat Sosial India Muslim (IMSSA).

Majlis tersebut dihadiri oleh Presiden Halimah Yacob dan disertai oleh Anggota Parlimen dan Penasihat bagi GRC Marine Parade yang lain antara mereka ialah Encik Seah Kian Peng dan Cik Tin Pei Ling serta Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, Profesor Fatimah Lateef serta Speaker Parlimen Encik Tan Chuan Jin.

BERI PENGHORMATAN BAGI GENERASI MERDEKA

Selain mengeratkan hubungan silang agama, iftar mega tesebut turut memberikan penghormatan kepada Generasi Merdeka.

 Penghormatan tersebut dipersembahkan oleh empat pelajar dari Maktab Rendah Victoria yang membacakan mesej di dalam bahasa rasmi masing-masing kepada golongan tersebut.

Generasi Merdeka merangkumi penduduk Singapura yang dilahirkan antara 1950 dan 1959. Golongan tersebut membesar dalam tahun-tahun yang mengalami pergolakan pada 1950an dan awal 1960an.

Penghormatan di majlis berbuka tersebut diberikan kepada mereka atas tanda terima kasih terhadap sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

RUANG PENTING BAGI MASYARAKAT SILANG AGAMA BERSATU

Bercakap di majlis tersebut, Presiden Halimah memuji usaha sama yang dijalankan oleh MAEC dan IMSSA.

Menurutnya acara tersebut bertindak sebagai ruang untuk masyarakat silang agama bersatu.

"Tujuan berbuka hari ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim antara kaum-kaum dan juga untuk mereka mengetahui lebih tentang acara Ramadan.

"Pada masa yang sama, saya rasa berbuka puasa ini memberikan peluang untuk kita mengadakan wadah, ruang untuk masyarakat bersatu tidak kira apa bangsa dan ini adalah suatu ruang yang kita harus selalu mengadakan," tekannya apabila ditemui pihak BERITAmediacorp.

ICCS AKAN DIANJURKAN

Dalam pada itu, Presiden Halimah juga berkongsi usaha silang agama lain yang akan dijalankan pada masa terdekat ini menerusi mesyuarat Persidangan Antarabangsa tentang Masyarakat Kohesif atau International Conference on Social Cohesion (ICCS).

"Kita mempunyai mesyuarat ICCS di mana kita mengadakan perbualan yang lebih mendalam yang hormat menghormati dan di mana bukan di dalam suasana di mana kita benci-membenci atau takut antara satu sama lain," kongsi beliau.

Menurut Presiden Halimah lagi tokoh-tokoh penting antarabangsa akan diundang bagi mengongsi mesej perpaduan sosial dan keharmonian silang agama.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan