Presiden Halimah sertai 30,000 orang dalam Konsert Hari Kebangsaan
Presiden Halimah Yacob juga membuat persembahan bersama kumpulan Voices of Singapore dan para pelajar Sekolah APSN Chaoyang.

SINGAPURA: Sekitar 30,000 orang menghadiri konsert Hari Kebangsaan Mediacorp dan Taman di Persisiran hari ini (5 Ogos).
Selain persembahan oleh artis-artis tempatan, mereka turut dihiburkan dengan sebuah persembahan khas oleh Presiden Halimah Yacob dan suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee bersama para pelajar Sekolah APSN Chaoyang.
Sebelum itu Presiden Halimah dan suami bersama-sama dengan kumpulan Voices of Singapore mendendangkan lagu gubahan kumpulan itu yang bertajuk, 'Our Story'.
Selain konsert, para pengunjung juga boleh ambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan sampingan.
Seawal jam 4.30 petang lagi, orang ramai sudah memenuhi kawasan The Meadow untuk menikmati karnival yang diadakan.
.jpg)
Orang ramai juga dapat bergambar dengan belon-belon gergasi ikon-ikon Singapura.
Terdapat juga pelbagai barangan percuma yang boleh dibawa pulang.
Ini termasuk pokok bunga percuma, makanan ringan seperti kacang putih, bertih jagung dan ais krim berperisa khas Singapura yang disediakan oleh para finalis musim terbaru MasterChef.
"Alhamdulillah, ia menarik jadi budak-budak pun dapat berseronok dan awal tadi tak ramai orang jadi mereka boleh berlari-lari," kata pengunjung, Encik Hairil yang datang bersama isteri dan dua orang anak mereka.
Antara mereka termasuk Fauzie Laily, Umar Sirhan, Ann Hussein, Indra Ismail dan para peserta Juara Mic Junior.

Acara kemuncak yang dinanti-nantikan ramai - pertunjukan bunga api yang diadakan buat pertama kalinya untuk acara ini.
Acara ini kembali diadakan pada skala besar dalam masa 4 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.