Presiden Halimah serikan sambutan 100 tahun kuil Sikh
Salah sebuah kuil Sikh di Singapura mencapai usia 100 tahun hari ini (24 Jun).
SINGAPURA: Salah sebuah kuil Sikh di Singapura mencapai usia 100 tahun hari ini (24 Jun).
Terletak di Wilkie Road, kuil Sri Guru Singh Sabha Gurdwara ditubuhkan oleh para pendatang Sikh pada 1918.
Bagi menandakan peristiwa itu, sekitar 800 anggota masyarakat Sikh tempatan dan para pemimpin akar umbi berkumpul untuk meraikannya.
Acara berkenaan juga dimeriahkan dengan kehadiran Presiden Halimah Yacob.
Sebuah buku mengenai sejarah kuil tersebut turut dilancarkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.