Presiden Halimah rasmikan peluasan Hab Pendidikan Khas My Inspiring Journey
Sempena Hari Kesedaran Autisme esok (2 Apr), Presiden Halimah Yacob membuat lawatan ke sebuat pusat keperluan khas.
SINGAPURA: Sempena Hari Kesedaran Autisme esok (2 Apr), Presiden Halimah Yacob membuat lawatan ke sebuat pusat keperluan khas.
Presiden Halimah Yacob merasmikan pembukaan premis yang diperluas Hab Pendidikan Khas My Inspiring Journey (MIJ) - sebuah pusat sehenti menyediakan khidmat pendidikan dan program kepada golongan yang berkeperluan khas.
Hab itu ditubuhkan 10 tahun lalu oleh pasangan yang mempunyai seorang anak autisme.
Daripada hanya 15 pelajar pada awalnya, pusat itu kini mempunyai 300 pelajar di tiga cawangannya.
Ia menyediakan sokongan tingkah laku, persediaan untuk sekolah dan tempat kerja serta melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.