Presiden Halimah: Rakyat mesti main peranan jimatkan air
Usaha-usaha pemerintah untuk mengukuhkan prasarana air bagi memenuhi keperluan negara ini pada masa hadapan tidak akan mencukupi sekiranya rakyat tidak turut memainkan peranan untuk menjimatkan penggunaan air.
SINGAPURA: Usaha-usaha pemerintah untuk mengukuhkan prasarana air bagi memenuhi keperluan negara ini pada masa hadapan tidak akan mencukupi sekiranya rakyat tidak turut memainkan peranan untuk menjimatkan penggunaan air.
Demikian menurut Presiden Halimah Yacob ketika berucap di acara perasmian Hari Air Sedunia Singapura 2019.
Beliau memberikan contoh krisis air di Cape Town, di mana penggunaan air penduduk bandar Afrika Selatan itu melebihi jumlah yang dirancang pemerintahnya.
Presiden Halimah menambah bahawa Singapura akan terus berdepan dengan cabaran mempunyai bekalan air yang mencukupi kerana hampir kesemua bekalan air negara ini diimport.
Jumlah penggunaan air negara juga dijangka mungkin berganda menjelang 2060.
Satu lagi ancamannya adalah perubahan iklim kerana ia boleh mencetuskan keadaan cuaca yang ekstrem, seperti keadaan panas dan kering yang berpanjangan.
Bagi memastikan bekalan air yang lebih mampan, agensi air negara PUB sudahpun membina lebih banyak prasarana air seperti terusan dan loji rawatan air.
"Ini pelaburan-pelaburan yang mahal tetapi perlu kerana kita akan terus menikmati manfaatnya sehingga 50 tahun akan datang.
"Pemerintah akan terus membuat perancangan awal dan melabur dalam infrastruktur air untuk memastikan bekalan air yang selamat, pelbagai dan mampan. Namun, ia tidak akan dapat dikekalkan jika kita tidak memainkan peranan kita untuk menggunakan air secara bijak," kata Presiden Halimah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.