Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah rai ulang tahun ke-25 "The Great Singapore Workout"

Bagi menyambut ulang tahun ke-25 senaman beramai-ramai asal, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) melancarkan "The Greater Singapore Workout" di Festival Gaya Hidup Sihat SG 2018 hari ini (11 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Nov 2018 09:12PM Dikemas Kini : 12 Nov 2018 09:26AM

SINGAPURA: Bagi menyambut ulang tahun ke-25 senaman beramai-ramai asal, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) melancarkan "The Greater Singapore Workout" di Festival Gaya Hidup Sihat SG 2018 hari ini (11 Nov).

Turut hadir bagi menyerikan acara itu ialah Presiden Halimah Yacob.

"Senaman ini amatlah senang dan boleh dilakukan secara sendirian ataupun dilakukan sebagai sepasukan, sekumpulan dengan keluarga, kawan-kawan dan sebagainya.

"Jadi saya berharap bahawa lebih ramai rakyat Singapura akan mengamati mesej dan senaman yang diedarkan dalam video 'Great Singapore Workout' dan senaman ini adalah sesuatu yang harus kita lakukan setiap hari," kata Presiden Halimah.

Kemuncak acara itu adalah pameran bergerak, yang diadakan sepanjang hujung minggu di pelbagai kawasan perumahan awam Singapura. Ia bermula dari pertengahan Oktober lalu.

Ia mempamerkan pelbagai inisiatif tentang gaya hidup sihat. Ini menerusi pameran dan kegiatan interaktif bagi menggalak rakyat Singapura supaya menjalani gaya hidup yang lebih sihat. 

Sumber : CNA/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan