Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah rai penganjur, peserta NDP 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Aug 2022 07:58PM Dikemas Kini : 19 Aug 2022 09:00PM
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menjadi tuan rumah bagi jamuan teh untuk lebih 200 peserta dan penganjur Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Istana pada Jumaat (19 Ogos). Ia sebagai menghargai segala usaha gigih mereka.

Menurut Presien Halimah, tema NDP tahun ini bertepatan dengan janji untuk meneruskan Kisah Singapura sebagai bangsa yang bersatu serta berusaha gigih demi masa depan lebih baik. Bahkan, beliau juga menekankan kepentingan usaha untuk "Lebih Kukuh Bersama" dalam menghadapi cabaran sedang kita kembali kepada kehidupan seperti sedia kala.

"Tema lagu NDP tahun ini adalah satu seruan mengingatkan kita supaya tiada yang tercicir, sedang kita bangkit, teguh bersama, seperti burung Phoenix yang bangkit daripada api," tambah beliau lagi.

Presiden Halimah turut berkongsi detik-detik NDP yang amat memberi kesan kepada beliau termasuk filem pendek "Connections" yang memberi penghormatan kepada wira-wira barisan hadapan semasa pandemik.

Menurut Puan Halimah, sambutan tahun ini telah menyuntik rasa yakin kepada warga Singapura untuk terus hidup bersama COVID-19.

Secara keseluruhan, sekitar 15,000 orang menjayakan perbarisan berskala besar yang pertama sejak pandemik melanda.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan