Presiden Halimah puji usaha sekolah pupuk keharmonian kaum dalam kalangan belia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MCI/Chwee)
SINGAPURA: Para pelajar Sekolah Menengah Northbrooks pada Khamis (20 Jul) meraikan Hari Keharmonian Kaum bersama seorang tetamu cukup istimewa, iaitu Presiden Halimah Yacob.
Dalam ulasannya, Presiden Halimah melahirkan rasa teruja melihat generasi muda berkumpul untuk belajar tentang masyarakat berbilang kaum Singapura.
Beliau juga melawat-lawat beberapa pondok kegiatan yang disediakan khusus bagi memperingati Hari Keharmonian Kaum serta meluangkan waktu untuk lebih mengenali para pelajar yang hadir.
Dalam satu catatan di laman Facebook, Presiden Halimah memuji semua sekolah di atas usaha masing-masing memupuk keharmonian kaum dalam kalangan belia.
Beliau turut menggesa para pelajar supaya membina jambatan persefahaman antara masyarakat berbeza-beza.

Sumber : CNA/IQ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.