Presiden Halimah puji usaha SANA perangi penyalahgunaan dadah sepanjang 50 tahun
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob memuji Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA) atas pelbagai usaha membantu negara memerangi penyalahgunaan dadah sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50 hari ini (25 Jun).
Ia ditubuhkan untuk melengkapi usaha Biro Narkotik Pusat CNB, bagi membendung pengambilan heroin dan ganja di kalangan anak muda.
Turut diiktiraf, rawatan pemulihan yang dikendalikan SANA untuk bekas penagih, serta program pendidikan bagi mencegah penagihan dadah.
Singapura mencatatkan antara paras terendah bagi kes kesalahan berulang dalam tempoh tiga dekad.
Program lencana SANA untuk pasukan seragam merupakan antara inisiatif pendidikan awam yang paling berjaya.
Satu lagi program yang dipuji adalah usaha SANA melibatkan bekas pesalah untuk menasihati dan menjadi mentor kepada golongan berisiko.
Presiden Halimah yang merupakan penaung SANA, melahirkan keyakinan ia akan dapat terus menjadi rakan kongsi masyarakat yang penting.
"Singapura telah berjaya mengawal masalah penagihan dadah, serta mengurangkan kesalahan berulang. Kadar selama dua tahun untuk pesalah yang dibebaskan pada 2019, adalah terendah dalam tempoh 30 tahun, iaitu hanya 20%. Tidak dapat disangkal, SANA turut memainkan peranan penting bagi pencapaian ini," ujar Presiden Halimah sewaktu sambutan ulang tahun SANA ke-50 hari ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.