Presiden Halimah, PM Lee utuskan kawat takziah atas pemergian Presiden UAE

Gambar: AFP
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dan Perdana menteri Lee Hsien Loong mengutuskan kawat takziah kepada Raja Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, atas pemergian saudara lelakinya iaitu Presiden Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan.
Dalam sepucuk surat, Puan Halimah menarik perhatian kepada dedikasi Allahyarham Sheikh Khalifa dalam khidmatnya kepada rakyat dan sumbangannya kepada kemakmuran UAE.
PM Lee pula berkata kepimpinan Allahyarham Sheikh Khalifa memberikan asas yang kukuh bagi hubungan dua hala dengan Singapura.
PM Lee turut menyampaikan ucap takziah kepada Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE.
Sheikh Khalifa, yang dilahirkan pada 1948, meninggal dunia pada usia 73 tahun. Allahyarham mula berkuasa pada 2004 di amiriah Abu Dhabi dan menjadi ketua negara.
Beliau dijangka akan digantikan oleh adiknya Putera Mahkota Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan sebagai raja Abu Dhabi, lapor Reuters.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.