Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah, PM Lee utus ucapan takziah kepada Bahrain

Para pemimpin Singapura mengutus ucapan takziah kepada Bahrain, atas pemergian Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2020 07:08PM Dikemas Kini : 14 Nov 2020 09:02PM

SINGAPURA: Para pemimpin Singapura mengutus ucapan takziah kepada Bahrain, atas pemergian Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa, yang meninggal dunia pada Rabu lalu (11 Nov).

Allahyarham merupakan perdana menteri yang paling lama berkhidmat di dunia iaitu hampir 50 tahun.

Menurut Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Bahrain itu seorang negarawan yang menghabiskan masanya berkhidmat negara. Beliau menambah, Putera Al Khalifa memainkan peranan penting dalam pemodenan mahupun ekonomi Bahrain.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pula berkata Putera Khalifa membuat sumbangan penting kepada pembangunan Bahrain.

PM Lee turut melahirkan penghargaan atas layanan mesra Allahyarham semasa menjadi tuan rumah kepada para pemimpin Singapura.

PM Lee menghulurkan doa dan ingatan beliau kepada keluarga diRaja dan rakyat Bahrain.  

Sumber : CNA/AQ/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan