Presiden Halimah, PM Lee ucap takziah kepada keluarga mendiang Ngiam Tong Dow
Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucap takziah kepada keluarga mantan pegawai kanan awam, Ngiam Tong Dow.
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucap takziah kepada keluarga mantan pegawai kanan awam, Ngiam Tong Dow.
Mendiang meninggal dunia pada Khamis (20 Ogos) pada usia 83 tahun.
Presiden Halimah berkata Encik Ngiam merupakan "contoh cemerlang seorang budiman" yang memimpin dengan penuh teladan dan berkhidmat kepada negara dengan sebaik-baiknya.
Menurut Presiden Halimah sumbangan mendiang Encik Ngiam terus memberi kesan besar kepada rakyat Singapura.
Presiden Halimah menambah bahawa Singapura amat berterima kasih atas bakti Encik Ngiam kepada negara dan rakyatnya.
Encik Lee pula menyifatkan Encik Ngiam sebagai "pegawai awam yang serba boleh dan cemerlang dari generasi pengasas".
Menurut Encik Lee semasa menyandang jawatan politik di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dalam tahun-tahun 80an, beliau mendapat manfaat daripada pengalaman luas Encik Ngiam sebagai Setiausaha Tetap di kementerian itu.
Beliau juga menyebut tentang beberapa skim yang diperkenalkan Encik Ngiam
di HDB yang masih dikekalkan.
Ini termasuk skim BTO dan Program Peningkatan Lif.
Encik Lee menambah warisan dan sumbangan Encik Ngiam akan terus menyentuh kehidupan generasi-generasi rakyat Singapura yang akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.