Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada rakan sejawatan di Laos

Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan sejawatan mereka dari Laos atas pelantikan masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Mar 2021 08:43PM Dikemas Kini : 31 Mar 2021 12:14AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan sejawatan mereka dari Laos atas pelantikan masing-masing.

Dalam surat tahniahnya kepada Presiden Laos Thongloun Sisoulith, Presiden Halimah berkata Singapura dan Laos mempunyai hubungan yang baik berteraskan kerjasama dan jalinan antara rakyat yang meluas.

Beliau berharap kedua-dua negara dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

PM Lee turut menulis kepada Perdana Menteri Laos Dr Phankham Viphavanh,sambil melahirkan komitmen Singapura untuk menyokong Laos dalam pembangunan sosio-ekonominya.

PM Lee juga mengundang Dr Viphavanh untuk melawat Singapura.

Sumber : CNA/SY/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan