Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada presiden baru Filipina Ferdinand Marcos Jr

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada presiden baru dipilih Filipina, Ferdinand Marcos Jr, atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden negara tersebut. 

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (18 Mei). 

Encik Marcos Jr, 64 tahun, mengisytiharkan kemenangannya pada 11 Mei, dua hari selepas bertanding dalam Pilihan Raya Presiden menentang penyandang Naib Presiden Marian Leonor "Leni" Robredo. 

Keputusan separa dan tidak rasmi menunjukkan Encik Marcos Jr meraih lebih 31 juta undi berbanding pesaingnya yang mendapat 14 juta undi, menurut data daripada server ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya. 

Dalam surat beliau bertarikh 14 Mei, Puan Halimah mengundang Encik Marcos untuk mengadakan lawatan negara ke Singapura. 

"Singapura dan Filipina berkongsi hubungan muhibah yang sudah sekian lama terjalin, didukung oleh kerjasama ekonomi yang kukuh dan hubungan teguh antara rakyat," kata Puan Halimah. 

"Saya menantikan untuk bekerjasama dengan anda bagi memperkukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara kita," tambahnya. 

PM Lee berkata kemenangan Encik Marcos menunjukkan sokongan kuat warga Filipina terhadap kepimpinan dan wawasan beliau buat negara itu. 

Dalam utusan suratnya, PM Lee juga memperakui hubungan "rapat dan sudah sekian lama terjalin" ikatan antara Singapura dengan Filipina dalam banyak aspek termasuk tenaga buruh, perdagangan serta pertahanan. 

"Sebagai rakan pengasas ASEAN, kita berkongsi pandangan serupa berhubung pembangunan utama sejagat dan rantau ini serta bekerjasama rapat untuk menggalakkan keamanan dan kemakmuran serantau," ujar PM Lee. 

"Saya menantikan untuk meneruskan kerjasama rapat kita demi kebaikan negara, rakyat dan rantau ini," tambahnya.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan