Skip to main content

Singapura

Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada India atas sambutan Hari Republik ke-70

Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis surat-surat ucapan tahniah kepada rakan-rakan sejawatan mereka dari India di atas sambutan Hari Republik ke-70 negara itu pada Sabtu (26 Jan), menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada India atas sambutan Hari Republik ke-70

Gambar fail Mumbai. (Gambar: Punit Paranjpe/AFP)

Diterbitkan : 26 Jan 2019 11:35PM Dikemas Kini : 26 Jan 2019 11:38PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis surat-surat ucapan tahniah kepada rakan-rakan sejawatan mereka dari India di atas sambutan Hari Republik ke-70 negara itu pada Sabtu (26 Jan), menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura.

Ia menandakan tarikh berkuat kuasanya Perlembagaan India yang menyempurnakan peralihan negara itu menjadi sebuah negara bebas.

Dalam satu kiriman surat kepada Presiden India Ram Nath Kovind, Puan Halimah berkata bahawa beliau yakin hubungan antara kedua-dua negara itu akan terus kukuh dalam tahun-tahun mendatang.

Beliau menggariskan kerjasama dua hala yang diperluaskan antara kedua-dua negara meliputi beberapa tunggak Perkongsian Strategik, termasuk pelancaran kerjasama dalam beberapa bidang baru seperti teknologi kewangan dan inovasi.

"Singapura dan India menikmati hubungan istimewa yang dibina atas sejarah yang lama terjalin, semangat perhubungan yang baik antara rakyat, pertukaran peringkat tinggi secara tetap dan kerjasama ekonomi yang kukuh," tambahnya.

Dalam surat kepada Perdana Menteri India Narendra Modi, PM Lee mengucapkan tahniah kepada India di atas "kemajuan besar" yang sudah dicapai dari segi pembangunan dan di persada antarabangsa.

Beliau menambah bahawa "persahabatan yang sudah lama terjalin antara Singapura dengan India terus berkembang dari tahun ke tahun".

"Kesimpulan Semakan Kedua bagi Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh pada Jun 2018 menyediakan rangka kerja sesuai untuk agensi-agensi dan syarikat-syarikat kami memperkukuhkan hubungan dagangan dan ekonomi," tulis PM Lee. "Pelancaran Semakan Ketiga pada September 2018 mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk meperkukuhkan kerjasama sedang dunia yang pesat berubah."

Beliau menambah: "Inisiatif-inisiatif ini dan banyak lagi platform kerjasama yang lain akan membawa hubungan Singapura-India ke tahap lebih tinggi lagi." 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita