Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada Erdogan dilantik semula sebagai Presiden Turki
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Bernama)
SINGAPURA: Para pemimpin Singapura mengucapkan tahniah kepada Encik Recep Tayyip Erdogan atas pemilihannya semula selaku Presiden Turki.
Dalam suratnya kepada Presiden Erdogan, Presiden Halimah Yacob berkata rakyat Turki memberinya mandat yang mencerminkan keyakinan mereka terhadap kepimpinannya.
Beliau menambah bahawa Turki dan Singapura menikmati hubungan mesra dan meluas.
Kedua-dua negara mempunyai hubungan yang kukuh dalam banyak bidang seperti perdagangan dan pelaburan, serta hubungan budaya yang baik.
Puan Halimah berharap dapat bekerjasama rapat dengan Presiden Erdogan untuk mengeratkan hubungan yang saling memberi manfaat antara kedua-dua negara.
PM LEE UCAP TAHNIAH
Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut menyampaikan ucap tahniah kepada Presiden Erdogan selepas beliau dipilih semula sebagai Presiden Turki.
Beliau berkata kedua-dua negara berkongsi hubungan yang lama terjalin dan mesra, disokong oleh Perkongsian Strategik mereka dan Perjanjian Perdagangan Bebas Turki–Singapura.
PM Lee menambah bahawa kedua-dua negara menikmati kerjasama yang erat dan koloborasi yang semakin meningkat dalam bidang-bidang yang berpandangan ke hadapan termasuk ekonomi digital.
Beliau berkata Singapura berbesar hati untuk terus menyokong Turki dalam usahanya untuk meningkatkan penglibatannya di rantau ini di bawah Inisiatif Asia Baru.
PM Lee juga berharap untuk bertemu Presiden Erdogan sekali lagi tidak lama lagi.

Sumber : CNA/MM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.