Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada Emmanuel Macron atas kemenangan Pilihan Raya Presiden

Presiden Singapura Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden negara itu. Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (27 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada Emmanuel Macron atas kemenangan Pilihan Raya Presiden

Encik Emmanuel Macron adalah presiden Perancis pertama untuk memenangi penggal kedua dalam masa dua dekad. (Gambar: AFP)

 

is the first French president to win a second term for two decades. (Photo: AFP/Thomas Coex)

SINGAPURA: Presiden Singapura Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden negara itu. Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (27 Apr).

Encik Macron memperolehi 58.6 peratus undi pada pusingan kedua berbanding 41.4 peratus yang diraih oleh Cik Marine Le Pen.

Beliau adalah presiden Perancis yang pertama dalam masa dua dekad untuk memenangi penggal kedua tetapi kemenangan terkininya dalam persaingan dengan pemimpin berhaluan kanan itu lebih sengit berbanding semasa pilihan raya pada 2017.

Dalam suratnya bertarikh Selasa, Puan Halimah menulis: "Singapura dan Perancis berkongsi kerjasama rapat dan berbilang serampang meliputi pelbagai sektor termasuk pertahanan dan keselamatan, perdagangan dan pelaburan, kajian dan pengembangan serta kebudayaan dan pendidikan.

"Sedang kita memperingati ulang tahun ke-19 kerjasama strategik kita tahun ini, saya berbesar hati kerjasama dua hala antara kedua-dua negara kita terus berkembang untuk meliputi bidang-bidang seperti ekonomi digital, siber, kesihatan awam serta inovasi."

Puan Halimah turut mengundang Encik Macron untuk mengadakan lawatan negara ke Singapura.

PM Lee berkata kemenangan Encik Macron mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat Perancis terhadap kepimpinan serta wawasan pemimpin itu buat negara tersebut.

"Kerjasama yang sejak sekian lama terjalin antara Singapura dengan Perancis dikukuhkan lagi dengan kepentingan dan prospek yang dikongsi secara bersama serta kerjasama meluas meliputi banyak bidang," kata PM Lee.

Beliau berkata Kerjasama Digital dan Hijau antara kedua-dua negara, yang dimuktamadkan pada Mac 2022, merintis jalan bagi kerjasama lebih kukuh dalam sektor-sektor yang menjadi kepentingan bersama termasuk bandar bijak, siber, inovasi kewangan dan teknologi agromakanan.

PM Lee turut mengimbas kembali lawatan rasmi beliau ke Perancis pada Julai 2018 selaku tetamu terhomat di Perbarisan Hari Bastille (Hari Kebangsaan Perancis) serta mesyuarat terakhir para pemimpin G20 di Rome pada Oktober tahun lalu.

"Saya mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan anda bagi mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara kita," kata PM Lee.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan