Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah, PM Lee hadiri acara peringati Hari Kebangsaan di Istana

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Aug 2023 07:55PM Dikemas Kini : 09 Aug 2023 12:06AM
SINGAPURA: Majlis-majlis memperingati Hari Kebangsaan diadakan di beberapa lokasi pada Selasa (8 Ogos).

Di Istana, majlis tersebut dipimpin Presiden Halimah Yacob pada Selasa.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan DPM Lawrence Wong turut hadir sama di acara tersebut.

Mereka yang hadir mengenakan pakaian merah putih.

Beramai-ramai, mereka menyanyikan Lagu Kebangsaan serta melafazkan Ikrar Negara.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan lantunan lagu-lagu sempena Hari Kebangsaan seperti "One Singapore".

Musical Theatre Limited pula mempersembahkan lagu "Home" yang dipopularkan oleh Kit Chan.

Majlis tersebut turut memberi peluang kepada para tetamu dan penghibur untuk berinteraksi dengan Presiden Halimah dan PM Lee.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan