Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah: Penting untuk luaskan latihan, pilihan pekerjaan bagi golongan kurang upaya

Lebih 350 orang menghadiri Pameran Latihan dan Kerjaya tahunan SG Enable pada Sabtu (14 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Sep 2019 10:20PM Dikemas Kini : 14 Sep 2019 10:31PM

SINGAPURA: Lebih 350 orang menghadiri Pameran Latihan dan Kerjaya tahunan SG Enable pada Sabtu (14 Ogos).

Dianjurkan di Enabling Village, pameran itu bertujuan menyediakan latihan dan peluang pekerjaan bagi golongan kurang upaya.

Lebih 130 kerja kosong dan 600 peluang latihan ditawarkan untuk membantu para peserta mencari pekerjaan. Enam agensi khidmat awam juga menyertainya.

Presiden Halimah Yacob yang menghadiri acara tersebut menyentuh tentang pentingnya meluaskan latihan dan pilihan pekerjaan bagi golongan kurang upaya.

Ini bukan sahaja memberikan pendapatan yang stabil malah dapat meningkatkan harga diri golongan sedemikian, kata beliau.

Seiring matlamat tersebut, pada Jun tahun ini, SG Enable dengan kerjasama Kementerian Tenaga Manusia (MOM) melancarkan satu buku panduan yang membantu syarikat-syarikat mengintegrasikan dengan lebih baik kakitangan yang berkeperluan khas atau kurang upaya.

Diberi tajuk "The Job Redesign Guide for Inclusive Employers" (Panduan Mereka Semula Pekerjaan bagi Majikan Inklusif), buku setebal 29 muka suratitu menyediakan maklumat tentang pekerjaan yang dilakar semula dan cara melaksanakannya.

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan