Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah, Menteri Masagos ucap selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam

Presiden Halimah Yacob menzahirkan  harapan agar ibadah korban di masjid dapat kembali dilakukan di Singapura, apabila pandemik COVID-19 berlalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah, Menteri Masagos ucap selamat menyambut Aidiladha kepada umat Islam

Presiden Halimah dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkilfi. (Gambar-gambar: TODAY, Masagos Zuklifli/Facebook)

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menzahirkan  harapan agar ibadah korban di masjid dapat kembali dilakukan di Singapura, apabila pandemik COVID-19 berlalu.

Semasa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha menerusi catatan di Facebook beliau pada Sabtu (9 Jul) petang, Presiden Halimah berkata pelibatan dalam ibadah itu satu peluang bagi ibu bapa menerangkan dengan rapi kepada anak mereka erti  pengorbanan dalam Islam.
 
"Setiap tahun ramai juga melakukan ibadah korban, suatu ibadah yang penting bagi umat Islam,"katanya. 

"Saya berharap setelah kita bebas dari COVID-19 dan keadaan kembali tenang semula, dapatlah masjid-masjid memulakan semula penyembelihan daging korban". 

Puan Halimah turut berdoa agar semua jemaah haji Singapura selamat pulang ke tanah air dalam keadaan sihat dan mendapat haji yang mabrur.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli yang kini berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah haji, turut menyampaikan ucapan beliau.

"Saya ingin mengucapkan kepada semua umat Islam di Singapura, Selamat Hari Raya Haji dan bagi mereka yang mengerjakan korban, semoga Allah menerima korban kita semua."

Umat Islam di negara ini menyambut Aidiladha pada Ahad (10 Jul).
Sumber : BERITA Mediacorp/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan