Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah masuk kelas murid kurang daya penglihatan Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim menyambut tetamu istimewa, Presiden Halimah Yacob hari ini (30 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Aug 2019 07:16PM Dikemas Kini : 30 Aug 2019 09:38PM

SINGAPURA: Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim menyambut tetamu istimewa, Presiden Halimah Yacob hari ini (30 Ogos).

Lebih istimewa lagi - Presiden Halimah turut membuat lawatan ke bilik darjah para pelajar kurang daya penglihatan,di sekolah tersebut.

Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim ditubuhkan pada 1963, dengan tujuan membawa pelajar dari latar belakang bahasa yang berbeza untuk belajar di bawah satu bumbung.

Empat tahun kemudian, sekolah itu menjadi sekolah yang pertama mengendalikan program bagi pelajar kurang daya penglihatan.

Sehingga hari ini, Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim masih lagi mengekalkan tradisinya itu, menerima pelajar-pelajar kurang daya penglihatan untuk belajar bersama dengan pelajar-pelajar lain di dalam bilik darjah yang sama.

Untuk memastikan para pelajar khas ini mendapat mutu pendidikan yang sama dengan pelajar lain, mereka dilengkapi dengan teknologi serta kemahiran terkini.

"Kita dapat lihat kita sebagai satu objektif adalah untuk mengadakan sebuah masyarakat yang lebih inklusif, dan melalui Sekolah Ahmad Ibrahim kita dapat melihat bagaimana ia menyokong matlamat tersebut iaitu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan, diberikan sokongan, mereka mempunyai tiga guru-guru yang juga mempunyai kecacatan dari segi penglihatan, mereka membimbing pelajar-pelajar yang cacat kelihatan dan kita dapat lihat mereka menggunakan alat teknologi dan juga banyak cara dari segi mengajar dan mengaturkan program dan memberikan sumber-sumber untuk menyokong keperluan mereka, dan bukan saja dari segi akademik," kata Presiden Halimah Yacob.  

Sumber : CNA/UM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan