Presiden Halimah luluskan pemerintah guna S$11 bilion dari rizab negara
Presiden Halimah Yacob pada SElasa (16 Mac) meluluskan secara rasmi untuk pemerintah menggunakan S$11 bilion wang rizab negara yang lalu.
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob pada SElasa (16 Mac) meluluskan secara rasmi untuk pemerintah menggunakan S$11 bilion wang rizab negara yang lalu.
Wang itu bagi membiayai Pakej Daya Tahan COVID-19 untuk melindungi kesihatan awam dan menyokong para pekerja, perniagaan serta sektor-sektor ekonomi yang terjejas teruk.
Presiden Halimah berkata beliau yakin Singapura akan bangkit lebih kukuh daripada krisis COVID-19 sekiranya setiap orang terus bersatu walaupun keadaan masa depan masih tidak menentu.
Beliau juga berkata inilah kali pertama pemerintah mengeluarkan wang dari rizab negara masa lalu dalam dua tahun kewangan berturut-turut.
Ia akan membolehkan pemerintah terus membuat keputusan tegas bagi mengurangkan kesan pandemik terhadap rakyat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.