Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah lantik 64 Jaksa Pendamai

Seramai 64 Jaksa Pendamai atau 'Justice of Peace' (JP) dilantik Presiden Halimah dalam satuupa cara maya hari ini (1 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah lantik 64 Jaksa Pendamai

(Gambar: Kementerian Ehwal Dalam Negeri/MHA)

SINGAPURA: Seramai 64 Jaksa Pendamai atau 'Justice of Peace' (JP) dilantik Presiden Halimah dalam satu upacara maya hari ini (1 Sep).

Tujuh daripada 64 JP itu adalah dari masyarakat Melayu/Islam.

Mereka yang dilantik semula ialah Encik Abdullah Shafi-ie Mohamed Sidik dan Mohammad Alami Musa.

JP yang baru dilantik pula terdiri daripada Encik Haja Nizamudeen, Encik Zulkifli Baharudin, Encik Abdul Razak Hassan Maricar, Dr Suriani Suratman dan Cik Zuraidah Abdullah.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah Hakim Mahkamah Negara Vincent Hoong.

PRESIDEN HALIMAH UCAP TAHNIAH

Dalam catatan di laman Facebook, Puan Halimah mengucapkan tahniah kepada mereka atas pelantikan tersebut.

(Gambar: MHA)

"Sebagai JP, mereka berkhidmat sebagai Jaksa Pelawat di penjara, Relawan Perantaraan Mahkamah atau jurunikah di Pejabat Pendaftaran Pernikahan (ROM). Mereka juga boleh melaksanakan tugas Majistret yang diberikan kepada mereka oleh mana-mana undang-undang bertulis.

"Saya mengharapkan yang terbaik dalam peranan mereka dan mengalu-alukan sumbangan mereka," kata Puan Halimah.

Jaksa Pendamai dipilih daripada kalangan rakyat yang membuat sumbangan besar dalam perkhidmatan awam dan sosial atau dalam masyarakat.

JP dilantik Presiden di bawah Seksyen 11 Akta Mahkamah Negara.

DILANTIK BAGI PENGGAL LIMA TAHUN

64 JP tersebut dilantik bagi penggal lima tahun, bermula hari ini.

Antara mereka, 43 dilantik bagi penggal pertama, manakala 21 yang lain dilantik semula bagi penggal kedua atau ketiga.

Seramai 46 daripada 177 JP sedia ada akan bersara bermula hari ini.

Jumlah JP kini adalah 173 orang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa