Presiden Halimah lancar program Pejuang Harmoni, tangani diskriminasi, xenofobia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 80 pelajar akan dilatih untuk mengendalikan perbincangan-perbincangan sensitif berhubung kaum dan agama.
Ini dilakukan dibawah sebuah program baru dipanggil Pejuang Harmoni atau Harmony Champions, kendalian badan Roses of Peace dan Temasek Foundation.
Program itu mahu mewujudkan ruang-ruang selamat di institusi-institusi pengajian tinggi bagi membincangkan diskriminasi dan xenofobia.
Dilancarkan Presiden Halimah Yacob di Istana pada Ahad (26 Feb),beliau menekankan betapa membina kepercayaan dan empati mesti dimulakan di peringkat awal kehidupan lagi.
Ini mentelah lagi dengan wujudnya kes-kes baru-baru ini di mana wujud remaja menjadi radikal secara sendiri.
Program Pejuang Harmoni begitu adalah inisiatif yang bermakna yang akan memberikan panduan dan pengupayaan kepada belia kita untuk mengendalikan perbincangan yang kompleks dan kadangkala rumit, berhubung topik-topik yang sangat peribadi iaitu agama dan identiti, tanpa terjerumus menjadi pahit atau bermusuhan.

Sumber : CNA/DY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.