Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah lahir penghargaan kepada kakitangan Lapangan Terbang Changi atas daya tahan sewaktu COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Apr 2022 08:00PM Dikemas Kini : 22 Apr 2022 09:13PM

SINGAPURA: Kakitangan barisan hadapan Lapangan Terbang Changi menunjukkan sikap "optimis" dan "daya tahan" di tengah-tengah pembukaan semula sempadan Singapura. 

Demikian menurut Presiden Halimah Yacob semasa lawatannya ke Lapangan Terbang Changi yang sibuk pada Jumaat (22 Apr). 

"Anda boleh lihat apabila bercakap dengan mereka, mereka rasa sungguh bangga dan adalah sebahagian daripada peralihan ini. Mereka sangat bersemangat. Mereka sebenarnya menantikan untuk ada lebih banyak kerja," katanya kepada wartawan selepas lawatan sekitar lapangan terbang itu. 

Presiden Halimah yang diiringi Menteri Negara Kanan Pengangkutan Amy Khor, sempat beramah mesra dengan pekerja semasa lawatan selama 1.5 jam itu. 

Ini termasuk anak kapal Singapore Airlines, pegawai khidmat penumpang, pegawai Kastam Singapura, pegawai troli dan juga duta  pengalaman maya Changi. 

Presiden Halimah berkata beberapa pekerja mengongsi bahawa mereka berasa "sedih" apabila melihat lapangan terbang yang kosong semasa dua tahun pandemik melanda, namun beliau memuji semnagat daya tahan mereka, meskipun berdepan dengan situasi sedemikian. 

"Hakikat bahawa mereka boleh menangani kesukaran, itu adalah tanda daya tahan mereka," katanya. 

"Anda tahu, berdepan dengan cabaran dan melihat jumlah penumpang yang semakin merosot, ramai antara mereka berkata mereka rasa sedih apabila harus duduk sahaja dan tidak melakukan kerja mereka apabila tidak ramai penumpang yang tiba. 

"Mereka rasa sungguh sedih, tetapi mereka bersikap optimis. Justeru, apabila mereka diminta mempelajari kemahiran baru, atau diberikan tugas lain sekitar lapangan terbang atau menyokong tugas-tugas di luar lapangan terbang, mereka sangat bersedia untuk menolong dan dengan rela hati." 

Tambahan pula, Presiden Halimah berkata kakitangan di lapangan terbang itu "sangat responsif" dalam membuat penyesuaian di pelbagai tahap pandemik.

Presiden Halimah menarik bagaimana "teknologi dimanfaatkan" demi kebaikan  lapangan terbang dan pelanggan. 

"Saya amat yakin bahawa kami boleh membawa kembali pengalaman di Changi, pengalaman di Changi yang amat terkenal, dan satu kebanggaan untuk kita semua," katanya. 

"Saya yakin Lapangan Terbang Changi kita ini akan terus menjadi kebanggaan untuk tahun-tahun akan datang." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan