Skip to main content

Singapura

Presiden Halimah kunjungi DAS bagi pertingkat kesedaran, perkasa kanak-kanak disleksia

Program tersebut merupakan satu daripada pelbagai inisiatif untuk memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak yang mengalami disleksia.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Nov 2020 08:00PM Dikemas Kini : 17 Nov 2020 09:03PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengunjungi Persatuan Disleksia Singapura (DAS) hari ini (17 Nov) sebagai sebahagian daripada usaha meningkat kesedaran dan memperkasakan mereka yang mengalami disleksia.

Beliau diberi taklimat mengenai Program Utama Celik Huruf yang dikendalikan persatuan itu.

Program tersebut merupakan satu daripada pelbagai inisiatif untuk memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak yang mengalami disleksia.

Semua keperluan pendidikan mereka dikendalikan oleh pasukan berbilang disiplin seperti ahli terapi pendidikan dan ahli psikologi. 

Sumber : CNA/NZ/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita