Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah ikut serta pelajar raikan Hari Keharmonian Kaum

Sempena Hari Keharmonian Kaum, murid-murid mengenakan pakaian tradisional ke sekolah mereka hari ini (20 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Jul 2018 06:28PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 08:59PM

SINGAPURA: Sempena Hari Keharmonian Kaum, murid-murid mengenakan pakaian tradisional ke sekolah mereka hari ini (20 Jul).

Ini merupakan tahun ke-20 Hari Keharmonian Kaum diraikan. Ia antara komponen penting dalam Pendidikan Nasional bagi memupuk pemahaman dan keharmonian antara kaum dalam kalangan pelajar.

Bagi para pelajar di Sekolah Rendah Qifa di West Coast, mereka diberi peluang untuk mempelajari bahasa ibunda rakan-rakan mereka.

Tidak itu sahaja, hari bermakna ini dimeriahkan lagi dengan persembahan skit tentang pendatang masa lampau di negara ini yang mengetepikan perbezaan demi kehidupan makmur dan aman di Singapura.

Pelbagai kegiatan lain turut dianjurkan di mana Presiden Halimah Yacob dan Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan Low Yen Ling ikut serta bersama para pelajar.

Mengulas tentang pentingnya acara seperti ini di peringkat sekolah, Puan Halimah berkata: "Kita perlu menjadikan keharmonian kaum sesuatu yang menggembirakan, yang dinikmati kanak-kanak, jadi mereka akan ingat. Walaupun ia sesuatu yang menyeronokkan, ada mesej sangat serius yang tersirat."

Puan Halimah menambah, mesejnya semestinya tentang sifat kemanusiaan yang dikongsi sesama kita tidak kira latar belakang seseorang - agama, kaum dan bahasa. Rakyat juga perlu berpegang kepada nilai-nilai penting seperti mempunyai keinginan untuk saling menghormati, menyayangi dan mengasihani, tegas Puan Halimah.  

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan