Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah iktiraf peranan aktif kaum bapa dalam pembesaran anak-anak; Muhammad Mahadi dipilih Ayah Qudwah Hasanah 2022

Sejak usia muda lagi, banyak pengorbanan yang dilakukan Encik Muhammad Mahadi Mohamed Ashim untuk membantu keluarganya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sejak usia muda lagi, banyak pengorbanan yang dilakukan Encik Muhammad Mahadi Mohamed Ashim untuk membantu keluarganya.

Sedang rakan sebayanya menikmati zaman persekolahan mereka, Encik Muhammad Mahadi sudah merasakan jerit perih bekerja demi menyara keluarga.

Anak bongsu daripada enam orang adik beradik itu terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia 17 tahun.

Meskipun terpaksa membahagikan masa antara ke sekolah dengan bekerja separuh masa, Encik Muhammad Mahadi tidak pernah menyerah kalah.

Pengalaman hidupnya itu bukan sahaja mendewasakan dirinya, tetapi menjadikannya seorang individu yang prihatin dan ayah yang penyayang.

Kini Encik Muhammad Mahadi lebih terlibat dalam pembesaran anaknya perempuannya.

Beliau juga menyertai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (PSG) di sekolah anaknya di mana beliau turut menggalakkan para ibu bapa lain supaya menyokong pembelajaran dan perkembangan anak-anak mereka.

Kisah pengalaman hidup Encik Muhammad Mahadi merupakan salah satu kisah yang dikongsi di majlis anugerah tahunan anjuran Persatuan Ain hari ini (18 Jun).

Beliau terpilih sebagai 'Ayah Qudwah Hasanah' atau 'Ayah Contoh Terbaik' yang meraikan peran contoh baik dan tokoh inspirasi bagi golongan bapa muda.

"Saya rasa bersyukur sangat-sangat, saya tak jangka kemenangan ini. Setiap bapa dia ada ciri-ciri keistimewaan sendiri, bagi saya untuk bapa-bapa yang lain, apa yang boleh kita jadikan tauladan adalah jadi teman pendengar anak mereka," kata pemenangan Ayah Qudwah Hasanah, Encik Muhammad Mahadi.

"Ayah-ayah contoh ini bukan sahaja mengorbankan masa, kewangan, tenaga untuk keluarga masing-masing, tetapi mereka juga sempat meluangkan masa untuk kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ain Haji Md Yusof.

Di acara yang sama, Encik Muhammad Mahadi turut menerima 'Perisai Pusingan Cabaran Presiden Halimah Yacob' dari Puan Halimah Yacob.

Dalam ucapannya, Presiden Halimah Presiden Halimah menarik perhatian kepada tiga trend mengenai peranan bapa yang dapat dilihat pada hari ini.

Menurutnya, ramai kaum bapa kini mahu memainkan peranan lebih aktif dalam membesarkan anak-anak mereka.

Kaum bapa juga kini mendapat sokongan yang lebih baik dan meraih manfaat daripada tempat kerja yang lebih terbuka kepada keperluan kaum bapa.

Beliau turut memuji pelbagai usaha dan pengorbanan yang dipamerkan para bapa, khususnya para finalis Anugerah Qudwah Hasanah 2022

Encik Muhammad Mahadi merupakan salah seorang daripada tiga finalis yang dipilih bagi anugerah 'Ayah Qudwah Hasanah'.

Selain anugerah, Encik Muhammad Mahadi turut menerima hadiah wang tunai sebanyak S$3,000 manakala dua finalis lain menerima wang tunai S$500 setiap seorang

Tahun ini, sebanyak 23 pencalonan diterima bagi edisi ke-9 Anugerah Ayah Qudwah Hasanah.

Para finalis dipilih menerusi beberapa kriteria termasuk cabaran yang dihadapi oleh para individu tersebut dalam membina keluarga masing-masing dan dedikasi mereka dalam mengatasi cabaran tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa