Presiden Halimah: Hari Keharmonian Kaum masa tepat kukuhkan komitmen, nilai bersama perpaduan sosial
Hari Keharmonian Kaum adalah masa yang tepat bagi masyarakat Singapura mengesahkan lagi komitmen dan nilai-nilai bersama kami berhubung perpaduan sosial.
Presiden Halimah Yacob dengan para murid Sekolah Rendah Punggol Green tahun lalu. (Gambar fail, 2019: MCI/Betty Chua)
SINGAPURA: Hari Keharmonian Kaum adalah masa yang tepat bagi masyarakat Singapura mengesahkan lagi komitmen dan nilai-nilai bersama kami berhubung perpaduan sosial.
Demikian menurut Presiden Halimah Yacob dalam catatannya di Facebook hari ini (21 Jul).
Puan Halimah juga menulis, di tengah-tengah pandemik COVID-19, adalah lebih penting bagi rakyat menghargai hubungan rapat dan harmoni antara pelbagai kaum dan agama, yang jelas tidak dicapai dengan sendirinya, tanpa dirancang.
"Mari kita terus menggalak pemahaman silang kaum dan budaya yang kukuh dalam kalangan generasi muda kita, bagi membina masyarakat kukuh dan kohesif," kata Puan Halimah.
Hari Kehamornian Kaum disambut di sekolah di mana pelajar diberi peluang untuk melihat pakaian tradisional pelbagai etnik serta adat resam mereka.
Pada Hari Keharmonian Kaum tahun lalu, Puan Halimah singgah di Sekolah Rendah Punggol Green dan turut serta dalam pelbagai acara seni dan sukan berbilang budaya bagi memperingati rusuhan perkauman pada 1964.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.