Presiden Halimah hargai khidmat bermutu pekerja jagaan kesihatan terutama semasa pandemik
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kementerian Perhubungan dan Penerangan/Chwee)
SINGAPURA: Sekitar 50 pekerja jagaan kesihatan di rumah-rumah rawatan menghadiri majlis jamuan teh anjuran Presiden Halimah Yacob di Istana pada Khamis (11 Mei).
Majlis tersebut menghargai usaha mereka dalam memberi jagaan bermutu kepada para penghuni warga emas terutama sekali semasa pandemik COVID-19.
Dalam pertemuan ini, para pekerja jagaan kesihatan menyuarakan pelbagai isu dan cabaran yang mereka hadapi.
Mereka yang hadir termasuk pekerja bahagian pengurusan kanan dan juga para kakitangan jururawat pentadbiran.
Kesemua mereka mendapat cenderamata dari Presiden Halimah.
Ini merupakan kali kelima majlis #ServingSG ini diadakan demi menghargai para pekerja yang menyumbang kepada operasi harian negara.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.