Presiden Halimah gesa wanita diperkasa capai potensi penuh
Presiden Halimah Yacob berkata kaum wanita, tua dan muda, perlu diperkasa untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya.
Presiden Halimah Yacob bersama para peserta dari Politeknik Republic di Forum ASEAN mengenai Pemerkasaan Ekonomi Wanita. (Gambar: Fyrol/MCI)
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata kaum wanita, tua dan muda, perlu diperkasa untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya.
Beliau menambah bahawa lebih banyak boleh dilakukan di rantau ini untuk membina masyarakat inklusif bagi kaum wanita.
Presiden Halimah berkata demikian semasa berucap kepada lebih 170 pemimpin dan wakil perniagaan di Forum ASEAN mengenai Pemerkasaan Ekonomi Wanita.
Beliau juga menarik perhatian bahawa jumlah tenaga kerja wanita di rantau ASEAN adalah sekitar 19 peratus lebih rendah berbanding kaum lelaki.
Keadaan itu wujud sungguhpun laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2016 menunjukkan bahawa golongan wanita berusia lebih 15 tahun membentuk lebih 50 peratus daripada bilangan penduduk di rantau ini.
Namun, Presiden Halimah yakin bahawa dengan berlakunya gangguan teknologi dalam ekonomi baru, lebih ramai wanita di ASEAN akan mempunyai lebih banyak akses kepada pekerjaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.