Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah gesa teknologi dimanfaatkan sebaik mungkin, wanita galas jawatan penting dalam syarikat

Presiden Halimah Yacob berkata teknologi perlu terus dimanfaatkan bagi memperbaiki kehidupan kaum wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2018 09:39PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 09:43PM

SNGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata teknologi perlu terus dimanfaatkan bagi memperbaiki kehidupan kaum wanita.

Beliau berkata demikian di Forum Wanita yang dianjurkan buat kali pertama di Singapura.

Presiden Halimah menambah dengan adanya latihan kemahiran dan mewujudkan peluang-peluang yang betul, kaum wanita boleh memegang jawatan-jawatan kepimpinan di syarikat.

Beliau juga berkata pemerintah sedang mengambil langkah untuk memastikan golongan wanita boleh terus maju.

Ini termasuk menyediakan peluang yang sama rata dan menghapuskan segala halangan di tempat kerja, masyarakat dan di rumah.

Lebih 800 anggota delegasi dan penceramah dari negara-negara ASEAN menghadiri forum tiga hari itu. 

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan