Skip to main content

Singapura

Presiden Halimah gesa rakyat S'pura pegang teguh kepada ciri-ciri yang bantu negara maju

Presiden Halimah menggesa rakyat Singapura untuk berpegang teguh kepada ciri-ciri yang membantu negara ini maju walaupun pada saat ia berdepan dengan keadaan tidak menentu dan cabaran.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 May 2019 09:52PM Dikemas Kini : 30 May 2019 10:37PM

SINGAPURA: Presiden Halimah menggesa rakyat Singapura untuk berpegang teguh kepada ciri-ciri yang membantu negara ini maju walaupun pada saat ia berdepan dengan keadaan tidak menentu dan cabaran.

Beliau berkata demikian di pelancaran acara utama memperingati dwiabad Singapura berjudul 'Singapura: Negara Kepada Warga', di Taman Fort Canning malam ini (30 Mei).

Pameran Bicentennial itu membawa pengunjung menyusuri sejarah Singapura sepanjang 700 tahun lalu dengan persembahan dan penceritaan berbilang media.

Presiden Halimah berkata sejarah Singapura dibentuk dengan tiga ciri utama yang menggambarkan DNA rakyat Singapura termasuk sifat keterbukaan, pelbagai kaum dan menentukan nasib sendiri.

Presiden Halimah turut melancarkan sebuah buku yang dikemas kini berjudul '700 Tahun: Sebuah Sejarah Singapura' (Seven Hundred Years: A History of Singapore).

Buku tersebut ditulis empat sejarawan yang menangkis mitos bahawa Singapura merupakan "sebuah kampung nelayan" yang mundur sebelum ketibaan Raffles.

Presiden Halimah berkata lebih 80 kegiatan sudah dianjurkan bagi memperingati 200 tahun Singapura pada tahun ini.

Kesemua kegiatan itu bagi memberi galakan kepada rakyat Singapura untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang perjalanan negara ini.

"Saya rasa ini adalah satu proses perjalanan 700 tahun Singapura yang kita harap rakyat Singapura akan dapat mengimbas kembali apakah nilai-nilai waktu silam dahulu, yang membawa kita kepada hari ini. 

"Selama ini lebih daripada 15,000 pengunjung sudah sampai melihat pameran ini sebelum kita mulakan pada malam ini dan lapor balik menunjukkan bahawa ramai di antara mereka merasa bahawa ini adalah satu pameran yang membawa mereka kesedaran lebih intim lagi," menurut Anggota Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri SBO, Dr Maliki Osman.

Pameran tersebut akan dibuka kepada orang awam mulai Sabtu ini hingga 15 September. 

Tiket masuk adalah percuma dan boleh ditempah secara online. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita