Presiden Halimah gesa majikan sediakan tempat kerja untuk golongan berkeperluan khas
Presiden Halimah Yacob menggesa para majikan supaya mengadakan tempat kerja yang sesuai untuk semua orang dengan keupayaan yang berbeza termasuk golongan berkeperluan khas.
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menggesa para majikan supaya mengadakan tempat kerja yang sesuai untuk semua orang dengan keupayaan yang berbeza termasuk golongan berkeperluan khas.
Beliau berkata demikian selepas mengunjungi Pusat Autisme St Andrews yang melatih para pelajar autistik dalam pelbagai jenis pekerjaan.
Misalnya, mereka belajar tentang cara menyediakan makanan dan mengurus kafe.
Mereka juga diajar cara membuat barang perhiasan.
"Apa yang dilakukan pusat ini amatlah penting kerana ia menyediakan, menyesuaikan setiap pelajar yang telah pun mendapatkan kemahiran daripada mereka.
"Mereka mengadakan keadaan sekitaran yang akan dihadapi oleh pelajar-pelajar yang mempunyai pelajaran khas ini semasa mereka bekerja. Misalnya, mengadakan keadaan mereka perlu bekerja di sebuah kafeteria," menurut Presiden Halimah Yacob.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.